Selasa, 29 April 2008

Nokia N90

tajuk : kesan tindak balas bahan elektronik dengan petroleum mentah

objektif : menentukan kesan tindakbalas yg berlaku kepada bahan ujikaji elektronik dengan petroleum mentah

bahan ujikaji : HP Nokia N90, petroleum mentah, mini salo dan sedikit air mata....

kaedah:

1. masukkan bahan ujikaji Nokia N90 kedalam bekas ujikaji mini salo secara kasar (kalau boleh campak dari jarak 10m)

2. setelah 10 minit bawa keluar bahan ujikaji untuk diperhatikan keputusannya.

3. alirkan sedikit air mata untuk menunjukkan kesan ujikaji kepada pemerhati..

pemerhatian:

1. sim card, memori kad cair
2. nokia N90 bewarna hitam berubah menjadi kelabu

keputusan:
1. bersedia untuk mendengar leteran

Ahad, 27 April 2008

berita terkini yang tak sensasi pong...

mama sedang kesakitan ni. tadi mama langgar kereta papa. pintu belakang kereta papa kemek dan tak boleh dibuka...

bibir mama pecah... tangan calar... dahi luka... pipi luka... lutut luka... lengan lebam.... paha lebam... jari kaki luka... dan pelbagai tempat termasuk yg tidak boleh diceritakan disini...

mama nasihatkan kepada penunggang motorsikal supaya pakailah topi keledar, elakkan pakai baju kurung dan menungganglah dengan cermat....

berdenyut-denyut lagi ni... jap lagi mama nak ke klinik.... mama baru selesai sesi menangis...

Sabtu, 26 April 2008

gugurnya sekor babi.....

kenal dok hewan di atas (gambar contoh je...).... ia adalah seekor makhluk tuhan yg org pandang jijik..... semlm di taman perumahan ni kecoh setelah 2 das tembakan di lepaskan oleh sekumpulan pemuda petua kg ini yg macho macho belaka ke sekeluarga babi hutan.... tembakan pertama mengenai babi dewasa... hanya cedera dan tembakan kedua oleh hubby mama... heheh telah berjaya membunuh sekor (anak babi je)... kejadian ngeri itu turut disaksikan oleh pegawai hidupan liar tidak bertauliah... iaitu isteri kepada pak ngah iaitu cik oyah.... (membebel sebab bising je....)...

babi berkenaan telah ditanam di tempat kejadian.... suasana kecoh tersebut reda pada jam 3 pagi... pemberita a.k.a mama sempat kuar makan dengan hero dan balik kerumah pukul 5 pagi... heheeheh....

sekian berita dari ganu.... wassalammmm... ngeeeeeeeeeeee

Jumaat, 25 April 2008

demammmmm....

smlm mama demam + selsema + lenguh badan + batuk... rini pun mama masih selsema + batuk + lenguh badan. papa ajak mama balik ipoh, tapi mama tak larat. dari smlm tak makan.... mama makan nasi + ayam + ikang + ulam je..... hehehe.. tak makan ubat. ubat yg papa bagi semua mama sorok..... sowi papa.... ubat ada bawah katil.... hehehe....

Selasa, 22 April 2008

penat + mengantuk + sakit pinggang/ pinggul...


penat....

penat giler.. smlm mama balik kerja pukoi 2 pagi. habis inspection pukoi 11 malam. makan makan.. pastu balik... wuuaaarrrggggggg


ngantuk....

bgn subuh lewat. pukoi 7 baru sembahyang. ngantuk giler. papa pulak g surau tak kejutkan mama... g kerje pun ngantuk... minta kebenaran bos nak tido. bos suruh balik... yeppi.... punch kad koi 12 tghari.... sampai teratak kesayangan koi 12.20pm.. sampai rumah je... kelihatan pemangsa berchating dengan awek dia... grgrgrgrgrrrr...


sakit pinggang/ pinggul...

org nak tido pun nak kacau. di offer nak urutkan.. hampeh semata mata...

Khamis, 10 April 2008

cerita secawan kopi.


di satu pagi yang hening... seowg isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita telah keluar memcari sebungkus kopi, semata-mata untuk menghidangkan secawan kopi kepada suami tersayang yg wajahnya tidak la berapa hensem mengalahkan pasangan beauty and the beast...

setelah jauh perjalanan si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg jelita telah singgah di kedai ah chong (bukan nama sebenar) sebab isteri solehah yg mempunyai rupa paras yang jelita perlu pulang segera kerana kesuntukan masa untuk pergi bekerja.

setelah siap kopi untuk suami tersayang yg wajahnya tidak berapa hensem, si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita bersiap untuk ke tempat kerja. apabila si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita turun ke bawah... si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita mendapati suami tersayang yg wajahnya tidak berapa hensem tidak menyentuh secawan kopi yang telah di buat khas untuk suami tersayang yg wajahnya tidak berapa hensem.

si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita pun bertanya... 'wahai kekanda, mengapa kekanda tidak meneguk sebarang kopi yag adinda buatkan untuk kekanda?'.. isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita itu bertanya.

suami tersayang yg wajahnya tidak berapa hensem menjawab.. 'tak ada ke kedai melayu yang jual kopi?'

si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita telah menjawab 'kedai leman tenusu (bukan nama sebenar) tu takde stok kopi la kekanda'.

si suami tersayang yg wajahnya tidak berapa hensem menjawab 'bukannya boleh mati tak minum kopi sehari'

si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita dengan perasaan sedih terus keluar rumah, menghidupkan enjin kereta dan terus ke kilang. sambil memandu si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita menyesali perbuatan sendiri yang tak ikut pesanan suami tersayang yg wajahnya tidak berapa hensem selama ini.

si isteri solehah yg mempunyai rupa paras yg terlalu jelita bingung. mcm mana nak pujuk semula si suami tersayang yg wajahnya tidak berapa hensem itu.....

Sabtu, 5 April 2008

mama bz...

asalamualaikum semua... lama dah mama tak update blog ni. Bukan sebab mama malas. Sebenarnya mama busy. Ni semua sebab cuti MC 2 minggu la ni. Byk kerja yang perlu di update. Mlm ni pun mama bawa kerja balik rumah. Sambil sambil layan AF ni... hehehe.. Ok la. Mama sambung kerja... Bye